Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 14 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Jawatan Kosong 2021 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Memandangkan Daerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu Pesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara dan Datuk Bandar bagi Kuching Selatan. Datuk Bandar yang terkini ialah Datu Junaidi Reduan.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

2. PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL JA29

3. PENOLONG JURUTERA ELEKTRONIK JA29


Syarat Lantikan Penolong Arkitek Landskap JA29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] ; atau

c) Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] ; atau

d) Diploma dalam bidang seni landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM 1,935.02]

e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Lantikan Penolong Jurutera JA29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] atau

c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM 1,935.02]

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Lantikan Penolong Jurutera JA29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] atau

c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM 1,935.02]

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Julai 2021 (Rabu)

Post a Comment