Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad - 20 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad

Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad

Latar Belakang

Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) telah ditubuhkan pada 6 September 1949 dengan keanggotaan seramai 124 orang. Sehingga kini keanggotaan KOPERKASA telah berkembang sehingga hampir mencecah 25,000 orang anggota dengan milikan aset bernilai kira-kira RM237 juta yang bersamaan dengan kira-kira 50% daripada jumlah aset di seluruh koperasi di negeri Sarawak.

Objektif utama koperasi ini adalah untuk menyediakan fasiliti kewangan kepada anggota untuk mengatasi masalah kewangan, meningkatkan taraf pembangunan sosioekonomi dan yang paling utama adalah untuk menggalakkan amalan menyimpan.

KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan khas untuk anggota iaitu Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan 100%, Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan, Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Kebajikan, Pembiayaan Pendidikan dan Pendidikan Pelancongan (termasuk untuk mengerjakan Umrah). Selain pembiayaan, KOPERKASA juga menawarkan pelbagai sumbangan dan insentif yang bermanfaat kepada anggota-anggotanya.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan Akademik:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (KEWANGAN) B2
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat Kuching
Gred & Jadual Gaji : B2 (RM1,480.00 - RM6,707.00)


2. KERANI C2
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Dua (2)
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat Kuching
Gred & Jadual Gaji : C2 (RM1,200.00 - RM3,826.00) 


Syarat – Syarat Am Lantikan:

(i) Warganegara Malaysia, bermastautin di Sarawak;

(ii) Umur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(iii) Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;

(iv) Mahir menggunakan applikasi Microsoft Office;

(v) Mempunyai personaliti yang baik, bermotivasi diri, berintegriti, bertanggungjawab, berwawasan dan seorang yang komited.


Kelayakan Akademik:

(i) Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Kewangan)
• Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Perakaunan dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ; dan
• Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang perakaunan.

(ii) Jawatan Kerani
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris.


Cara Memohon:

Pemohon hendaklah menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja serta menyertakan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil (sijil akademik, sijil kelahiran & sijil sokongan). Pemohon juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan), dalam sampul surat bertanda « JAWATAN KOSONG » di sebelah kiri di atas kepada :

SETIAUSAHA
KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
16-20, WISMA KOPERKASA,
JALAN SIMPANG TIGA,
93300 KUCHING, SARAWAK

Calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk hadir temuduga.


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Ogos 2021 (Selasa)


Post a Comment