Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 29 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jawatan:

1. PEMBANTU KEMAHIRAN (KAYU) H19

2. PEMBANTU KEMAHIRAN (PAIP) H19

3. PEMBANTU AKAUNTAN W19

4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19


1. Ringkasan Tugas Pembantu Kemahiran (Kayu) H19
  • Bertanggungjawab menyelia dan mengawasi Bengkel Seni Bina dalam aspek keselamatan pelajar dan membantu pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengawal selia peralatan bengkel. 

2. Ringkasan Tugas Pembantu Kemahiran (Paip) H19
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah pusat perumahan pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

3. Ringkasan Tugas Pembantu Akauntan W19
  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

4. Ringkasan Tugas Juruteknik Komputer FT19
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem universiti.

Panduan Permohonan:

1. Semua permohonan adalah secara online menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my mulai 16 Julai 2021 (Jumaat) hingga 29 Julai 2021 (Khamis). (admin ada sediakan link untuk membuat permohonan atas talian (online) di bawah)

2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:
hr.perjawatan01@usim.edu.my (Rozailiza Rajab) / hr.perjawatan04@usim.edu.my (Norazah Md Yusup) / hr.perjawatan06@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Ahmad Karmizi).


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2021 (Khamis)

Post a Comment