Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Askar Timbalan Setia Negeri Johor - 30 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Askar Timbalan Setia Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Jawatan Kosong 2021 di Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Latar Belakang

Askar Timbalan Setia atau rasminya Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) ialah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Temenggung Johor ke-2), Sultan bagi jajahan takluk Johor Darul Ta'zim. Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain; Ratu Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.

Johor ialah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan askar yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini dan peranannya sekarang hanya sebagai pengawal keselamatan peribadi kepada DYMM Sultan Johor serta keluarga dan asetnya.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PENGAMBILAN REKRUT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR SIRI 44/2021


Syarat-syarat Kelayakan:

1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Beragama Islam

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(d) Tidak mempunyai rekod jenayah lampau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KJ1: RM1,360.00); dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sekolah Agama Kerajaan Johor sekurang-kurangnya darjah 3 dan memiliki Sijil Berhenti Sekolah Agama Kerajaan Johor


Kelayakan Fizikal
1 Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i. Tinggi sekurang-kurangnya 168cm tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 52kg;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 18 hingga 27;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 76cm ukuran dada yang biasa dan 81cm
v. semasa menarik nafas;
vi. Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun;
vii. Pengecaman warna dan pendengaran yang baik;
viii. Tiada kesan patah
ix. Tidak bertatoo


Kelayakan Kecergasan
Lulus ujian kecergasan seperti berikut:
i. Larian 2.4 km dibawah 14 minit
ii. Bangkit tubi melebihi 25 kali dalam satu minit
iii. Tekan tubi melebihi 25 kali dalam satu minit
iv. Lompat jarak melepasi 7 kaki


Kelayakan Kesihatan
Lulus pemeriksaan kesihatan yang disahkan oleh Hospital Kerajaan


Kefahaman Agama
Boleh membaca dan menulis jawi
Boleh menghafaz surah-surah lazim


Sijil-sijil Sokongan
Mempunyai sijil-sijil sokongan seperti berikut
i. Sijil Kemahiran
ii. Sijil Kokurikulum
iii. Sijil Penyertaan
iv. Sijil Penghargaan 


Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada 30 Ogos 2021 (Isnin)
Join Channel Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Johor

Post a Comment