Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) - 16 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

Latar Belakang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1950 di bawah satu peraturan yang dinamakan peraturan Majlis Ugama 1950 bertujuan mengendalikan hal ehwal masyarakat Islam di Negeri Sembilan.

Bagi memenuhi objektif yang ditetapkan, kerajaan telah meminda peraturan Majlis Ugama 1950 kepada Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957. Kemudian dipinda lagi kepada Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak 1960 yang kemudiannya dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Seterusnya mulai 1hb Mac 2004, mula dikuatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan enakmen sebelumnya adalah terbatal.

Jabatan ini menguatkuasakan enakmen-enakmen lain termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003,Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.

Berasaskan cadangan yang dikemukakan oleh Y.B Tuan Pegawai Kewangan Negeri Encik Harun bin Baba semasa beliau memangku jawatan Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ini dalam tahun 1976 yang lalu, sebuah bangunan tiga tingkat yang tersergam indah terletak di atas sebidang tanah seluas 1 ½ ekar, di atas bukit berhampiran dengan bangunan-bangunan Masjid Negeri di sebelah selatan, Dewan Undangan di sebelah barat dan Felda di sebelah Utara, menghala ke Jalan Lister dan Taman Tasik Seremban, maka terdirilah bangunan baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan dan dirasmikan pembukaan oleh DYMM Tuanku Ja'afar  Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada tanggal 10 Syawal 1400 Hijrah bersamaan 21 Ogos 1980.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jawatan:

1. GURU TAKMIR NEGERI SEMBILAN SESI 2022-2025


1. Pemohonan  baru  dan  permohonan  semula  adalah  dipelawa  kepada  guru-guru berpendidikan Agama Islam yang berkelayakan dan berwibawa.

2.Pemohon   mestilah   mahir   mengajar   Agama   Islam. Walaubagaimanapun keutamaan   diberikan   kepada   pemohon   dalam   bidang   Ilmu   Tauhid   dan Tasawuf.

3. Pemohon hendaklah   memiliki   tauliah/kebenaran   mengajar   Agama   Islam daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan dalam tempoh sah laku.

4.Had  umur  pemohon  hendaklah  tidak  kurang  dari  umur  21  tahun  dan  tidak lebih dari umur 70 tahun. 

5.Pemohon  yang  berjaya  dilantik  adalah  tertakluk  kepada  arahan  Jabatan  Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6.Semua  permohonanhendaklah  dibuat  menggunakan  borang  Permohonan seperti di LAMPIRAN.

7.Semua permohonan hendaklah disokong oleh Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) dan dikemukakan melalui Penyelaras Masjid Daerah (PPMD).

8. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses untuk urusan penilaian dan permohonan adalah terbatal sekiranya maklumat yang dikemukan didapati palsu.

9.Permohonan  yang  lengkap  hendaklah  dimajukan  ke  Bahagian  Pengurusan Masjid Surau (BPMS) JHEAINS sebelum atau pada 16 September 2021 (Isnin) dan permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui borang permohonan yang boleh dimuatturun melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 September 2021 (Isnin)

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sembilan

Post a Comment