Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bachok (MDB) - 2 September 2021

1 comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Bachok (MDB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Bachok (MDB)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Bachok (MDB)

Latar belakang

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pelbagai lagenda dan cerita rakyat yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman mengenai Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan.

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu.

Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi. Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. JURUTERA J41

Gred Jawatan / Gaji : Gaji Minimum RM2,529.00 – Gaji Maksimum RM9,643.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yamg diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Ringkasan Tugas:

Umum: Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam/ elektrik/ elektrikal/ mekanikal dan projek-projek khas.

Khusus: Akan ditetapkan oleh jabatan mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas. Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Keutamaan akan diberikan kepada (i) calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Kejuruteraan Sivil.


Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan Jawatan MDBBPI.1 berharga RM3.00 atau mengirim sampul beralamat sendiri berukuran 32 cm x 22 cm beserta wang pos bernilai RM3.00 di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam serta setem ke alamat berikut atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, 16300 Bachok, Kelantan.

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM,
16300 BACHOK KELANTAN.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
 

* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 September 2021 sebelum jam 12.00 tengahari


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

1 comment

  1. saya berminat bkerja d majlis daerah bachok tpi kelulusan spm sja

    ReplyDelete

Post a Comment