Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah - 25 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Latar Belakang

Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.

Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Satun Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.

Bukti arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan hindu-Budha memerintah Kedah purba seawal 110 Masihi Penemuan jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim yang sudah ditubuhkan sejak masa itu. penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang munkin tertua di Asia Tenggara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29


Maklumat & Syarat Lantikan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

Jadual Gaji:

Gaji Minimum - RM2,315.00
Gaji Maksimum - RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00


a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia,
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau 
  • ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau 
  • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11)

Maklumat & Syarat Lantikan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29:

Jadual Gaji:

Gaji Minimum - RM1,549.00
Gaji Maksimum - RM5,684.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM145.00


a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia,
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau 
  • diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00).

* Sila baca iklan jawatan lengkap sebelum anda memohon. Semua link admin ada sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2021 (Rabu) Jam 5.00 petang






Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kedah

Post a Comment