Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 9 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURURAWAT U29

2. JURUTERA J41

3. PEGAWAI PERUBATAN UD47

4. PEGAWAI PERUBATAN UD51

5. PEGAWAI PERUBATAN UD53

6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

7. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29


Fungsi Bidang Tugas:

a) Mengendalikan laman web Jabatan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan;

b) Bertanggungjawab dalam susun atur, reka bentuk, penampilan visual, pengemaskinian serta meningkatkan dan menjalankan penyelenggaraan laman web;

c) Mengembangkan konsep dan idea kreatif dalam medium hebahan Jabatan serta memenuhi keperluan pengguna. Ini termasuk penyediaan bahan informasi digital terhadap keperluan acara/ majlis yang dianjurkan Jabatan;

d) Menjadi pentadbir dan mengenalpasti kandungan pada semua media sosial (Facebook, Instagram dan Twitter) berkualiti, terkini dan sentiasa mengikut trend terkini serta mampu berkomunikasi dengan berkesan terhadap pihak dalam dan luar UKM;

e) Mengendalikan pengambilan foto dan suntingan video pada program yang bersesuaian mengikut keutamaan Jabatan; dan

f) Membantu penyelenggaraan teknikal sistem komputer yang berskala kecil (ad-hoc).


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan  atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

(ii)  sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

(iii) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi  tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau

(iv) diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi  pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).

d)  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

a) Sila layari laman web UKM: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm bagi membuat permohonan secara dalam talian.
 
b) Permohonan yang berjaya di peringkat saringan sahaja akan dipanggil untuk Ujian Tapisan Kompetensi dan sesi temuduga.
 
c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
 
d) Permohon yang tidak menerima apa-apa maklum balas selepas 60 hari dari tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
 
Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
 
Emel : hrukm@ukm.edu.my 


Perhatian

1. Jawatan kosong di atas hendaklah diisi menggunakan borang secara online. (link untuk borang online, admin sediakan di bawah.

2. Untuk membaca syarat kelayakan jawatan di atas, sila klik pada setiap nama jawatan (pastikan masuk dahulu ke website ukm, sebelum klik pada jawatan. Link disediakan di bawah)




Tarikh Tutup Permohonan : 09 September 2021 (Khamis)

https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment