Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - 10 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Latar Belakang

Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diistiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada 21 Disember 2003.

Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


Syarat Lantikan:

(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44); atau

iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan B- Syarat Lantikan; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan
yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya.


Cara Permohonan:

i. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my. (link muatturun borang ada admin sediakan di bawah)

ii. Tiada caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.

iii. Borang permohonan jawatan perlu disertakan dengan salinan dokumen berikut ;
  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
  • Transkrip keputusan peperiksaan
  • Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu )
Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar .

v. Untuk semakan pengiktirafan kelayakan akademik bagi pelantikan dalam Perkhidmatan Awam, pemohon perlu melampirkan salinan pengiktirafan kelayakan melalui laman web www.mqa.gov.my.

v. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di bahagian kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

vi. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat :
 
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

vii. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

viii. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak ;
  • Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang diiklankan.
  • Borang permohonan jawatan tidak lengkap diisi. Pemohon diminta mengisi semua ruangan yang ada pada borang permohonan jawatan MBAS.
ix. Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian seterusnya dan temuduga. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mail.

x. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

xi. Iklan jawatan ini boleh dirujuk melalui laman web rasmi MBAS di www.mbas.gov.my sepanjang tempoh iklan.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Oktober 2021 (Jumaat)




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kedah

Post a Comment