Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 30 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jawatan:

1. PEGAWAI PERGIGIAN UG41

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab kepada Koordinator Klinik dan Dekan dalam semua urusan berkaitan dengan peranan di Fakulti Pergigian iaitu memberi perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Pandan Indah. Bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, memberi bimbingan/demontrasi kepada pelajar dalam amalan pergigian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


2. PEGAWAI TADBIR (KAUNSELOR KERJAYA) N41

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab menyediakan khidmat bimbingan kerjaya untuk pelajar dan graduan, merancang program kerjaya secara komprehensif, melaksanakan program kerjaya secara sistematik dan berkesan, menyediakan bahan rujukan dan dokumentasi kerjaya, membantu pengurusan program Dana Kebolehpasaran Graduan, membantu program pemprofilan pelajar dan graduan menggunakan sistem NEXT dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan TalentCorp Sdn Bhd., membina hubungan bersama industri, alumni dan pemegang taruh untuk meningkatkan peluang kerjaya graduan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Keutamaan kepada calon yang berkelayakan sebagai pembimbing kerjaya bertauliah dan berdaftar sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.


Panduan Permohonan:

1. Semua permohonan adalah secara online menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my mulai 17 September 2021 (Jumaat). (admin ada sediakan link untuk membuat permohonan atas talian (online) di bawah)

2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment.

3) Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

4) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan dianggap gagal. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 September 2021 (Khamis).


Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:
hr.perjawatan01@usim.edu.my (Rozailiza Rajab) / hr.perjawatan04@usim.edu.my (Norazah Md Yusup) / hr.perjawatan06@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Ahmad Karmizi).


Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2021 (Khamis)

Post a Comment