Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - 27 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pengenalan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang ditubuhkan sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), merupakan sebuah universiti awam yang bertempat di Jalan Hang Tuah Jaya, Melaka. UTeM merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia. Walaupun UTeM telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000, UTeM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada 1 Februari 2007.

UTeM mengandungi dua kampus secara keseluruhannya; kampus utama (Kampus Induk) yang terletak di Durian Tunggal, Melaka; dan kampus ketiga (Kampus Teknologi) yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. NAIB CANSELOR


Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi
Gred Jawatan : Gred Utama A (VU5) Terbuka
Jumlah Gaji : Minimum RM9,038.00 - : Maksimum RM24,465.00
Status Pelantikan : Secara Kenaikan Pangkat, Pelantikan Secara Peminjaman/Pelantikan Secara Kontrak
Tempoh  : Tiga (3) tahun (tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengajian Tinggi)


Kriteria Umum:

Seseorang calon bagi jawatan ini mestilah mempunyai kriteria UMUM seperti berikut:


1) Kecemerlangan Akademik

Mempunyai kelayakan Ph.D merupakan satu kelebihan, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.

2) Pengiktirafan Antarabangsa

Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.

3) Kebolehan Memimpin dan Mengurus

Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Pengalaman dan rekod kecemerlangan kepimpinan akademik merupakan antara ciri utama menentukan kemampuan calon selain kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap.

4) Reputasi

Menjadi ‘role model’ kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik dan dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.

5) Personaliti

Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan universiti. Penyandang juga mestilah memahami aspirasi Negara untuk membangunkan modal insan mentaliti kelas pertama.

6) Proaktif

Mempunyai pemikiran dan sikap yang proaktif serta mampu mengurus kepelbagaian dalam apa jua situasi.

7) Perwatakan

Mempunyai perwatakan yang dinamik serta bertanggungjawab dan komited kepada tugas dan tanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat dan negara.

8) Pengurusan Konflik

Berkeupayaan mengenalpasti konflik dan menguruskannya dengan baik dan berhemah;

9) Potensi

Mempunyai potensi untuk menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara secara keseluruhan.

10) Berfikiran Jauh dan Kritis

Penyandang mestilah berkemampuan untuk berfikiran jauh dalam menentukan hala tuju dan visi pembangunan dan kecemerlangan organisasi selain mempunyai kemampuan untuk menganalisisa, mensintesiskan dan membuat penilaian secara holistik dalam menyelesaikan masalah.

11) Berintegriti

Penyandang perlulah mempunyai tahap integriti yang tinggi, tidak pernah terlibat atau disabitkan dalam mana-mana kesalahan jenayah dan tatatertib serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jawatan dan peranan yang diamanahkan.

12) Mempunyai Kapasiti Dalam Penjanaan Dana Universiti

Mempunyai minda keusahawanan seperti cekap melihat peluang, berani mengambil risiko bagi meneroka peluang-peluang baharu serta berfikiran kreatif dan inovatif dalam menggunakan segala sumber secara optimum untuk menjana pendapatan universiti.

13) Menghayati Agenda Nasional

Berkeupayaan menangani perubahan dan membawa organisasi ke arah kecemerlangan serta bersedia untuk melaksanakan transformasi demi melonjakkan reputasi organisasi. Mampu untuk menghayati dan menghargai kepelbagaian serta merealisasi dasar-dasar negara dan agenda nasional.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2021 (Isnin)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment