Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) - 22 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB)

Jawatan Kosong 2021 di RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB)

Mengenai Kami

RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.

RLSB yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.

RLSB  mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA  kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.

Kini, RLSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di  pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI VETERINAR

Tangga Gaji : 
RM 2,931.00 – RM 8,334.48


Syarat Lantikan Umum:

Calon-calon hendaklah memilih kelayakan berikut :-

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan ditutup.


Syarat Lantikan Pegawai Veterinar:

a) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan atau Sains Veterinar yang diiktirafkan oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Seksyen 12 (1) Akta Doktor Veterinar 1974.

b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada satu (1) tahun dalam bidang berkenaan. Pengalaman melebihi 2 (dua) tahun adalah diutamakan.


Cara Memohon:

Permohonan secara bertulis dengan menyertakan resume, gambar terbaharu berukuran pasport, salinan
sijil/ijazah dan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat:-

WAKIL KORPORAT
RISDA Livestock Sdn. Bhd
RISDA ESTATES 2, No. 39-2,
Tingkat 2, Jalan Sulaiman 3
Taman Ampang Hilir, 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan.
No. telefon : 03-4270 6939
Email: admin@risdalivestock.com


*Sila baca iklan lengkap perjawatan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Oktober 2021 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment