Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia - 10 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Institut Integriti Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Jawatan Kosong 2021 di Institut Integriti Malaysia

Latar Belakang

Negara kita telah diimpikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat yang bermoral tinggi  dan beretika pada tahun 2020 apabila beliau mengisytiharkan penggerak utama impian ini iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Perumusan PIN telah didasarkan pada semangat dan prinsip Wawasan 2020 secara khusus untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur”

Pelancaran PIN pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah sekaligus melahirkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai sebuah badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dimana objektif utama INTEGRITI ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PENGARAH PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN ILMU


Senarai Tugas Jawatan:

Membantu dalam menyelaras, mengurus dan mengkoordinasi gerak kerja kajian-kajian yang dirancang serta menganalisis data-data statistik (mengikut keperluan) oleh Produk IIM
Membantu menyelaras, mengkoordinasi dan menganalisis data-data statistik, skor indeks dan maklumat yang berkaitan dengan integriti
Bertanggungjawab membantu menyelaras aktiviti-aktiviti projek penyelidikan seperti mengemaskini database (survey monkey), menganalisis data, gerak kerja lapangan (pengumpulan data), mengurus peralatan penyelidikan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan projek penyelidikan
Membantu menguruskan operasi pentadbiran penyelidikan yang berkaitan dengan surat menyurat, sistem rekod dan fail, urusan kewangan, dan urusan-urusan lain yang berkaitan


Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:

Sekurang-kurangnya memiliki Ijazah dalam bidang Sains Sosial (khusus penyelidikan)/Statistik /penaakulan data) ATAU pilhan bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:

Wajib mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam software SPSS dan pilihan tambahan berkemahiran dalam software ATLAS.ti / SmartPLS 3.0
MS Office (terutama MS Excel, MS Power point)
Tools of Creating Survey form (cth: survey monkey, google form)
Mahir dalam bidang penulisan laporan, artikel, jurnal dan buku kajian
 Membangunkan Pangkalan data (database) atau Dashboard.


Pengalaman kerja yang diperlukan:

i) Mempunyai pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan sekurang-kurangnya 3-5 tahun dalam membantu dalam urusan kerja-kerja kajian in house dan kajian lapangan (fieldwork)

ii) Membangunkan, mendokumentasikan dan mengumpul instrumen (soal selidik) yang berkaitan

iii) Berpengalaman dalam penulisan kertas konsep, jurnal dan artikel kajian

iv) Urusan pengoperasian pentadbiran


Gaji:

RM 2,442.00 - RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)

Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan


Tarikh Tutup Permohonan : 10 November 2021 (Rabu)

Post a Comment