Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) - 5 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

Latar Belakang

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah badan berasingan daripada kuasa Kerajaan Negeri Perlis yang ditubuhkan selaras dengan peruntukan seksyen 6(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948: “Ketua Agama bagi Negeri ialah Raja dan Raja boleh memerintah supaya dibuat undang-undang untuk tujuan mengatur dan menubuh sebuah majlis yang dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi membantu dan menasihat Baginda di dalam segala perkara yang berkaitan dengan agama Negeri dan adat istiadat Melayu”.

Kuasa MAIPs sebagai sebuah Dewan DiRaja yang membantu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam hal ehwal Agama Islam turut ditegaskan oleh Seksyen 4(1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis Tahun 2006 yang menyebut: “Maka hendaklah ada suatu badan bernama “Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis” untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu”.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perlis
Jawatan:

1. GURU TAKMIR


Deskripsi Tugas:

Sebagai tenaga pengajar kelas pengajian Islam tidak formal yang dilaksanakan secara berjadual mengikut kurikulum yang diselaraskan oleh JAIPs / JAKIM bertujuan untuk mengimarahkan masjid
dan surau atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Takmir Masjid dan Surau Negeri Perlis


Kadar Elaun:

RM 100.00 bagi setiap sesi kelas pengajian dan tertakluk kepada kadar tuntutan maksimum sebanyak RM 900.00 sebulan


Syarat Kelayakan:

a) Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap serta bermastautin di Negeri Perlis

b) Berpegang kepada Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang termaktub di dalam Undang undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis

c) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun daripada tarikh lantikan serta sihat tubuh badan

d) Memiliki Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis (Kategori Umum) yang masih di dalam tempoh sah laku

e) Mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang Agama Islam, berkeperibadian tinggi serta berhikmah dan beriltizam dalam penyampaian


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan


Tarikh Tutup Permohonan : 05 November 2021

Post a Comment