Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) - 22 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Latar Belakang

Bermula dengan penubuhan Majlis Daerah Petaling (MDP) pada 1 Januari 1977 dengan dua Pelan Warta (PW) iaitu PW 463 dan PW 511 meliputi sebahagian kecil Daerah Petaling. MDP telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 26 bertarikh 2 Januari 1997. Kawasan pentadbiran MPSJ adalah seluas 16180.00 hektar sebahagian daripada keluasan Daerah Petaling yang meliputi Mukim Petaling dan Mukim Damansara. Keluasan pentadbiran MPSJ adalah merujuk kepada Pelan Warta 1192 .

Kemudiannya MPSJ telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya yang dikenali dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bil. Jil. 73 No. 21 bertarikh 8 Oktober 2020 dengan keluasan pentadbiran yang sama seperti Pelan Warta 1192.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

3. PEMBANTU AWAM H11


Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.


Perhatian Kepada Pemohon:

a.Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong

b.Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.  Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.

ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.

iii.  Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).

iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).

iv. Borang pemastautin daripada Penghulu Setempat. (Sekiranya tuan/puan, ibu/bapa bukan Anak Selangor)

c. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.

ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja  akan dipanggil temu duga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima  jawapan selepas tiga (3)  bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2021 (Isnin)




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor

https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment