Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) - 2 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Pengenalan

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19



Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan;

(d) Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(e) Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan;

(f) Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan;

(g) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my (link admin ada sediakan di bawah) mulai 13 Disember 2021 (Isnin)

(b) Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja.

(c) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

(d) Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.


Perhatian:

(a) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Januari 2022 (Ahad)



https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment