Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 9 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jawatan Kosong 2020 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sejarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اسلام مليسيا; singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pada tahun 1969, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan BAHEIS.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
PEJABAT ATASE AGAMA DI LUAR NEGARA


1. Permohonan adalah dipelawa kepada Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berminat untuk berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Republik Arab Mesir.

2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 yang memohon mestilah:

i. telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
iii. baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan paksa;
iv. menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik;
v. mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
vi. berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

3. Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan seperti di LAMPIRAN.

4. Permohonan pegawai hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan.

5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses untuk urusan penilaian dan permohonan adalah terbatal sekiranya maklumat yang dikemukakan didapati palsu.

6. Pegawai yang berjaya melepasi proses penilaian perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan hanya pegawai yang lulus pemeriksaan kesihatan sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Pegawai Atase Agama di luar negara.

7. Permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAKIM sebelum atau pada 9 Januari 2022 (Ahad) dan permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Permohonan boleh dikemukakan menerusi e-mel, pos dan serahan tangan.

Seksyen Pembangunan Organisasi dan Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B
Kompleks Islam Putrajaya
62100 Putrajaya
Tel. : 03-8870 7698/7696/7693/7694/7695
Faks : 03-8870 7606
E-mel : perjawatan@islam.gov.my


* Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Januari 2022 (Ahad)




Post a Comment