Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pekan - 24 Disember 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pekan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pekan

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pekan

Latar Belakang

Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan. Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.

Pada dasarnya bidang tugas Majlis Daerah Pekan meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial ke arah kemantapan pembangunan Bandar Pekan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisyen juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar Pekan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pekan sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pengunjung.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jawatan Akademik:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GREDW29

3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29

4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

5. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI GRED N19)

7. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29

8. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED JTK19

9. PEREKA GRED B19

10. PEMBANTU OPERASI LETAK KERETA GRED N19


Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan boleh muaturun di laman web Majlis Daerah Pekan iaitu https://www.mdpekan.gov.my/sites/ default/files/borang_permohonan_jawatan_2.pdf (link ada disediakan di bawah)

b. Borang permohonan jawatan hendaklah diisi dengan selengkapnya dengan disertakan resume bersama salinan sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
ii) Sijil kelahiran
iii) Sijil Berhenti Sekolah
iv) Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan)
v) Sijil kegiatan luar (jika ada)
vi) Lain-lain dokumen sokongan
vii) Gambar berukuran pasport

c. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen ASAL semasa menghadiri temuduga tersebut.

d. Sila tulis `nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

e. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DI PERTUA
MAJLIS DAERAH PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


* Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Disember 2021 (Jumaat)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Pahang

Post a Comment