Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - 20 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jawatan Kosong 2022 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Sejarah 

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41


Syarat Lantikan:
 
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(a) Memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(b) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
 
2. Skop / Deskripsi Tugas:
 
Bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan bagi tugasan berikut:

(a) Penilaian permohonan Akreditasi Program dan Audit Institusi

(b) Pengurusan permohonan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) dan penilaian Pusat Penilaian APEL.


Cara memohon:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my. (admin sediakan link di bawah)

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sila hubungi talian berikut untuk bantuan:  
 
Pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon.
i. 03-8688 3714/3619/3620
Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalam  mengisi borang permohonan.
ii. 03-8688 1912
Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat


8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2022 (Khamis) jam 4.00 petang


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.





Post a Comment