Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) - 31 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ)

Jawatan Kosong 2022 di Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ)

Objektif
  • Mengubah persepsi dan amali orang ramai yang complaisant kepada sikap peduli dan menyayangi alam sekitar.
  • Untuk menambahkan hasil Negeri Johor melalui pelesenan air mentah dan pengurusan sumber air yang berkesan.
  • Mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh masyarakat keseluruhan mengenai kepentingan alam sekitar.
  • Membantu Negeri Johor menjadi tempat yang terbaik untuk berkarya, bekerjaya dan bermastautin.

Strategi
  • Menguruskan proses perubahan dengan sebaik mungkin bagi mengurangkan perintangan untuk mencapai objektif jabatan.
  • Membina kapasiti organisasi dengan mempunyai satu pasukan staf yang bertaraf dunia.
  • Menggunakan teknologi terkini untuk memantau seluruh kawasan tadahan dengan berkesan.
  • Mempertingkatkan kecekapan penggunaan air mentah dengan mendatangkan hasil yang tinggi kepada Negeri Johor.
  • Memperkukuhkan latihan dan latihan semula semua   stake holder ke arah mempraktikkan prinsip-prinsip pengurusan sumber air.
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29

2. PEMBANTU OPERASI H11





Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang BAKAJ.01 yang boleh dimuat turun melalui Laman Sesawang www.johor.gov.my dan boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen seperti berikut :-

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sejil Berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil / Diploma / Ijazah / surat akuan berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B / Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A Bil. 21 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

PENGARAH,
BADAN KAWALSELIA AIR JOHOR (BAKAJ)
ARAS 4, BANGUNAN DATO’ MOHAMAD IBRAHIM MUNSYI,
79630 KOTA ISKANDAR, ISKANDAR PUTERI,
JOHOR DARUL TA’ZIM.


Catatan Am

i. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat permohon.

ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab sendiri.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2022 (Isnin)


Post a Comment