Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu - 2 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

Sejarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah salah sebuah jabatan tertua di negeri ini dan ia bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan hal ehwal Islam di Terengganu. Di awal penubuhannya, jabatan ini dikenali dengan nama Pejabat Agama dan Keadilan yang diketuai oleh Pesuruhjaya Agama sebagai ketua jabatan.

Sebelum wujudnya pejabat agama, asas sistem pentadbiran Hal Ehwal Agama sudah terbentuk dan terbina semenjak tahun 1708M lagi. Pada ketika itu, pentadbiran agama dilakukan oleh individu-individu yang berpengetahuan agama dan mereka ini adalah dilantik oleh Sultan untuk menjawat jawatan Kadi, Mufti dan Syeikhul Ulama.

Kadi yang terawal iaitu Kadi Wan Imam Mahmud dan beliau bertanggungjawab menyempurnakan upacara pertabalan Sultan Zainal Abidin Shah I, pengasas institusi kesultanan Terengganu pada 1708. Menurut Hether Sutherland pula, di dalam artikelnya yang bertajuk “The Tranformation of the Trengganu Legal Order” telah menjelaskan bahawa Sultan Omar telah melantik Mufti yang pertama iaitu Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas. Bagaimanapun tarikh pelantikan sebenar Mufti yang pertama, tidak ditemui memandangkan tiada sebarang surat-menyurat atau tauliah pelantikan yang ditemui mengenainya. Untuk makluman, nama jawatan mufti dan kadi, ada disebut dengan jelas dalam satu salinan surat wakaf Sultan Umar (1839-1876), (Sultan Terengganu yang kesembilan) yang bertarikh 19 April 1874.

Disamping itu, ada juga pentadbiran agama yang diketuai oleh ketua-ketua pejabat (merujuk Ketua jabatan) yang menjalankan bidang-bidang kuasa tertentu mengikut arahan Sultan dan Jabatan Maha Tinggi Kerajaan (Pejabat Istana Sultan). Dicatatkan bahawa pada tahun 1916, Mohamad bin Hitam menjadi ketua pejabat Mahkamah Balai, Hj Long menjadi ketua pejabat Mahkamah Syariah dan Tengku Ngah Omar menjadi ketua pejabat Keadilan.

Ada juga hal-hal bersangkut paut dengan pentadbiran agama yang dikeluarkan terus oleh Setiausaha Kerajaan, Dato Bentara Dalam Tengku Mahmud bin Mohamad (1912-1920) selaku ketua pentadbir negeri. Ia melibatkan pelaksanaan pentadbiran agama di peringkat negeri seperti Undang-Undang, Isytihar dan arahan-arahan tertentu yang ditandatangani oleh beliau sendiri. Dicatatkan beliau pernah mengeluarkan Isytihar Kerajaan pada 18 Disember 1918 yang mengarahkan supaya setiap mukallaf di Terengganu supaya mengerjakan segala pekerjaan makruf dan menjauhkan daripada segala perkara mungkar. Disamping itu, beliau juga memperkenalkan Undang-Undang Kesalahan Orang Islam yang telah mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Terengganu pada ketika itu, Sultan Muhammad II pada tahun 1919 .
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 (AGAMA)

2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 (UMUM)


Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara “Contract Of Service” di:
 
(i) Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu
(ii) Madrasah Moden Terengganu
(iii) Sekolah Menengah Islam Darul Iman
(iv) Sekolah Rendah Islam Darul Iman
 

Maklumat & Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Agama):

Gaji
Minimum : RM2188.00
Maksimum : RM9552.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

2.1 Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman;
 
3.2 Sihat tubuh badan;
 
3.3 Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2022.
 
3.4 Memiliki kelulusan akademik :
 
3.4.1 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
3.4.2 Keutamaan akan ditawarkan kepada mereka yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
 
3.5 Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.


Maklumat & Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Umum):

Gaji
Minimum : RM2188.00
Maksimum : RM9552.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

3.1 Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman;
 
3.2 Sihat tubuh badan;
 
3.3 Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2022.
 
3.4 Memiliki kelulusan akademik :
 
3.4.1 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
3.4.2 Keutamaan akan ditawarkan kepada mereka yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
 
3.5 Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Februari 2022 (Rabu), Sebelum Jam 5.00 Petang


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu

Post a Comment