Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur - 21 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Jawatan Kosong 2020 di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Pengenalan

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).

Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. ANGGOTA KESELAMATAN


Syarat Kelayakan Minimum:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan calon yang berumur 25 tahun sehingga 45 tahun adalah diberi keutamaan;

3. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

4. Bekas anggota polis atau tentera sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan yang telah disahkan jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik ;

5. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan berkebolehan menulis dan komunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu.;


Ringkasan Bidang Tugas:

1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Kolej melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan warga Kolej termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dalam Kolej;

2. Mengawal lalu lintas dalaman Kolej, meronda di dalam dan luar kawasan bangunan serta sempadan kawasan, mengawal pintu masuk, mengawal pergerakan pelawat dan kenderaan;

3. Hendaklah memahami dan mahir mengenai Peraturan Umum (General Orders) dan Peraturan Tertentu (Special Orders) mengenai Peraturan Keselamatan Kolej serta melaksanakannya;

4. Merekod tugasan dan melaporkan segala pelanggaran Peraturan Keselamatan Kolej;

5. Mencegah kecurian, kerosakan, kebakaran, kemalangan dan pengkhianatan (sabotaj) aset Kolej dan warga Kolej;

6. Memeriksa mana-mana kakitangan, pelawat, pekerja kontrak yang disyaki membawa peralatan larangan;

7. Mengawasi pekerja-pekerja luar yang sedang melakukan kerja-kerja kontrak – selepas waktu pejabat (bila perlu) ;

8. Menangkap mana-mana penceroboh yang tiada kebenaran masuk ; dan

9. Mengiringi pelawat ke pejabat yang dikunjungi (bila perlu)


Cara memohon:

Sekiranya anda adalah seorang yang berdaya saing, kreatif dan berinovasi, mempunyai tahap komitmen yang tinggi, berfikiran positif serta mampu bekerja dalam suasana mencabar, sila hantarkan surat permohonan, resume dan salinan sijil serta transkrip Akademik anda kepada:-

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 3, MENARA AKADEMIK
KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
LOT 1363, JALAN PERKASA
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR

EMAIL: peluangkerjaya_hr@kpbkl.edu.my


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Januari 2022 (Jumaat)




Post a Comment