Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) - 15 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)

Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)

Company Overview

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Positions:

1. KETUA EKSEKUTIF  KPF PLANTATION SDN BHD


Aktiviti Utama:
  • Ejen pengurusan ladang dan kilang sawit.

Tugas dan Tanggungjawab:
  • Mengetuai dan menguruskan hal ehwal pengurusan syarikat secara keseluruhannya;
  • Melaksanakan dan merancang operasi serta pembangunan syarikat selaras dengan visi dan misi sesuai dengan perkembangan sektor dari semasa ke semasa;
  • Memastikan semua polisi dan prosedur dilaksanakan bagi menepati tadbir urus yang baik;
  • Menyediakan dan mengawal perbelanjaan tahunan serta menyelaras program yang dijalankan;
  • Mewujudkan, mengurus dan memotivasikan kumpulan petugas yang kuat untuk memastikan kecemerlangan syarikat; dan
  • Melaksanakan tugas-tugas khas daripada Pengerusi atau ahli Lembaga pengarah dari semasa ke semasa.

Syarat Umum:
  • Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 60 tahun;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik atau tiada sakit kronik; dan
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Syarat Jawatan:
  • Mempunyai kelayakan pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam sektor berkaitan; dan
  • Pengalaman dalam pengurusan pelbagai sektor korporat adalah satu kelebihan.


Borang Permohonan boleh dihantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Tingkat 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur

Sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi
Pejabat Pengarah Eksekutif Pengurusan & Perkhidmatan di talian: 03-2692 9995



Tarikh tutup : 15 Februari 2022





Post a Comment