Jawatan Kosong di Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd - 6 Januari 2022 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd - 6 Januari 2022

Jawatan Kosong 2022 di Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd

Jawatan Kosong 2021 di Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd

Latar belakang

Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat konsensi yang diberi hak oleh kerajaan untuk membina, senggara dan serah – kembali (built, operate & transfer). Lebuhraya ini telah disiapkan dan dibuka untuk lalulintas pada 15 Januari 2007.

Lingkaran Luar Butterworth bermula dari CH 375 berhadapan Megamall Penang dan berakhir di CH14300 berhampiran Persimpangan Sungai Dua (PLUS) merangkumi laluan sejauh lebih kurang 14.0 km. Di samping itu, syarikat konsensi juga mengambil alih sebahagian Lebuhraya Butterworth – Kulim sepanjang 5Km bermula dari km 0 – km 5 termasuk “underpass” untuk senggara dan operasi sejak tahun 1998 iaitu sebelum syarikat konsensi dalam proses meningkatkan taraf Lebuhraya Butterworth-Kulim ini dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya.

Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan termasuklah Paparan Elektronik (VMS), Kamera Litar Tertutup (CCTV), perhentian bas dan Teksi,  dan jejambat pejalan kaki. Kemudahan lampu Jalan juga disediakan untuk keselesaan pengguna  lebuhraya yang telah dipasang oleh pihak syarikat konsensi diseluruh jajaran jajaran lebuhraya.

Di samping itu bahagian Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth ini mempunyai 6 persimpangan dan 3 jambatan. Persimpangan tersebut adalah Persimpangan Bertingkat Perai Lam, Persimpangan Bertingkat Dermaga Dalam, Persimpangan Bertingkat Terminal Feri, Persimpangan Bertingkat Bagan Ajam dan Persimpangan Bertingkat Bagan Lalang. Manakala Salah satu jambatan yang dibuna ialah di atas Sungai Perai yang menggunakan cara pembinaan tercanggih dengan kualiti yang tinggi.

Lebuhraya ini merupakan lebuhraya pertama di Malaysia melalui persisiran pantai dan terdapat kawasan Rehat & Rawat di tepi Pantai Bersih. Lebuhraya ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Butterworth. Lebuhraya ini secara langsung menyempurnakan jalinan rangkaian sistem utama dengan sambungan terus ke lebuhraya Utara Selatan dan lebuhraya Timur Barat. Di samping itu juga, projek ini berjaya mengubah lanskap serta meningkatkan sosio-ekonomi Bandar Butterworth. Projek ini juga telah menyumbang kepada pembangunan Ekonomi Wilayah Utara (NCER) agar pembangunan di Butterworth tidak ketinggalan dan standing di era globalisasi. Ianya juga merialisasikan pembukaan jurang antara Bandar dan luar Bandar dengan adanya hubungan insfrastruktur yang moden, bersih dan tercanggih.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. MECHANICAL AND ELECTRIC ENGINEER

2. PERONDA LEBUHRAYA


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Tarikh Tutup Permohonan : 06 January 2022


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Mohon Secara Online


0 Response to "Jawatan Kosong di Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd - 6 Januari 2022"

Post a Comment