Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) - 22 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)

Latar Belakang

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tarhun 1945.

Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PENOLONG AKAUNTAN W29

4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29 

6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

7. PENOLONG JURUTERA JA29

8. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 

10. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara Memohon:

(i) Borang permohonan HANYA boleh didapati dengan memuat turun di laman web Majlis www.mplbp.gov.my

(ii) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan PERLU diperakui sah sebagai salinan sebenar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas) sahaja. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini yang telah diakui sah.

(iv) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.

(v) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2022

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kedah

Post a Comment