Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - 14 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Latar Belakang

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS TEKNOLOGI MAKLUMAT


Tugas Dan Tanggungjawab:

Bertanggungjawab untuk menyelaras, merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan fungsi teras Unit Teknologi Maklumat bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus teknologi maklumat dalam Kumpulan PPPNP.

Fungsi teras yang menjadi tanggungjawab Penolong Pengurus IT merangkumi fungsi-fungsi berikut:
  • Bertanggungjawab membantu Pengurus IT dalam mengendali Unit Teknologi Maklumat selari dengan arahan pengurusan.
  • Menyelaras dan menyelia operasi, serta sokongan harian termasuk pentadbiran rangkaian, pemasangan perkakasan/perisian, penyelenggaraan dan pelaksanaan PCs, server, penyimpanan SAN/NAS, infrastruktur rangkaian LAN/WAN/VPN dan menyelenggara pusat data.
  • Bertanggungjawab dalam menyelesaikan gangguan rangkaian pengurusan, perundingan pelanggan, pengurusan vendor, penghantaran operasi, reka bentuk penyelesaian, pusat data dan perancangan kapasiti rangkaian.
  • Sokongan peringkat ketiga untuk semua sistem, sambungan LAN/WAN/VPN dan penyimpanan SAN/NAS.
  • Melakukan ‘vulnerability and penetration management program’, melaporkan keutamaan risiko, pemulihan dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai.
  • Menyokong dan melatih pengguna dengan menggunakan IS/IT tools.
  • Memastikan dokumentasi, prosedur dan garis panduan adalah yang terkini.
  • Menyelaraskan pemasangan teknologi, naik taraf dan penyelengaraan.
  • Memastikan jangkaan dan KPI yang ditetapkan oleh Pengurus Teknologi Maklumat dipenuhi.
  • Bermotivasi tinggi, cekap mengajar dan dapat memberikan inspirasi kepada ahli pasukan untuk meningkatkan produktiviti dan sistem operasi.
  • Memastikan kerahsiaan, integrity dan ketersediaan semua aset maklumat PPPNP dilindungi.

Kelayakan:

Calon perlu mempunyai kemahiran yang baik, pengalaman profesional yang terbukti dan pengetahuan terperinci mengenai proses amalan terbaik industri.

Calon juga perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:-
  • Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat atau setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang dari 8 tahun dalam bidang berkaitan yang diperlukan untuk jawatan ini.
  • Mesti berpengalaman dalam automasi elektrik dan elektronik.
  • Berpengetahuan dalam Data Centre Operation dan menguruskan team of resources.
  • Berpengetahuan yang mendalam dalam seni bina Microsoft Windows & environment client/server.
  • Mempunyai pengetahuan dalam aplikasi TCP/IP, system integrasi & keselamatan seperti DHCP, DNS, SMTP, Firewall, FTP dan lain-lain.
  • Proaktif dalam memastikan semua insiden aduan pelanggan di selesaikan
  • Mempunyai kemahiran dalam organisasi yang kukuh, bijak menguruskan masa dan boleh melaksanakan beberapa kerja dalam satu masa (multi-tasking).
  • Fleksibel dan bekerja secara analitikal dalam menyelesaikan masalah.
  • Bertanggungjawab dalam sokongan teknikal dan kerja pelaksanaan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis, terutamanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Komited, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal, bermotivasi tinggi dan dapat berkomunikasi dengan baik pada pengurusan kakitangan dan pihak luar.
  • Boleh bekerja di bawah tekanan dan pengawasan yang minima serta bekerja secara individu dan berkumpulan mengikut arahan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan:

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
(U.P. UNIT SUMBER MANUSIA)

Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2022


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

Post a Comment