Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 11 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia

Jawatan Kosong 2021 di Parlimen Malaysia

Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41 - 8 Kekosongan
Jadual Gaji : RM2,080.00 – RM9,546.00 


2. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N44 - 18 Kekosongan
Jadual Gaji : RM3,551.00 – RM10,406.00 


Syarat kelayakan Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia.

3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.4 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.5 Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian-perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.

 3.6 Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

 3.7 Telah lengkap divaksin.


Syarat kelayakan Pegawai Penyelidik Sosial Gred N44:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia.

3.2 Berumur tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.4 Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 5 tahun dalam bidang penyelidikan Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan/ menulis apa-apa journal atau hasil penyelidikan.

3.5 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.6 Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian-perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.

3.7 Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

3.8 Telah lengkap divaksin.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup : 11 Februari 2022



Post a Comment