Jawatan Kosong 2025 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Jawatan:
MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) RANAU
1. PEMBANTU MAKMAL GRED C1
Syarat Kelayakan Utama:
a) Pendidikan:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lulus enam (6) mata pelajaran.
- Dua (2) mata pelajaran daripadanya adalah di peringkat Kepujian.
- Wajib Lulus subjek Bahasa Melayu.
- Wajib Lulus subjek Matematik ATAU Salah Satu Subjek Sains.
- Kelebihan: Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang Sains/Makmal.
b) Dokumen Wajib Permohonan (Sila kemukakan dokumen berikut bersama permohonan anda):
- Resume.
- Salinan Kad Pengenalan (IC) (disahkan).
- Salinan Sijil Akademik (disahkan).
*Sila baca iklan kekosongan jawatan di atas, sebelum membuat permohonan
Tarikh tutup : 26 Disember 2025 (Jumaat)
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

%20-banyakjawatanmy.png)