Jawatan Kosong 2022 di ICT @ Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di ICT @ Johor
Fungsi
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/Agensi Negeri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan efisiensi mereka;
- Membuat kajian, penilaian dan memberi maklumbalas atas cadangan projek pengkomputeran baru yang dikemukakan;
- Melaksanakan pembangunan sistem aplikasi komputer dan penyelenggaraan sistem di jabatan/agensi Kerajaan dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik;
- Membuat pemantauan dan penyelarasan bagi projek-projek ICT yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya adalah seperti berikut:
- Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ);
- Sistem Pengurusan Perumahan Perumahan (SPPJ);
- Sistem Pengurusan Perumahan Lot Bumiputera (Putera);
- Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT);
- SISPEN, MyGDI, E-PBT (Teknikal);
- Penyelaras Keselamatan ICT;
- Pelaksanaan Projek-projek E-Government dari Kerajaan Persekutuan.
- Menyelenggara Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor;
- Membuat pemantauan, membantu dan membuat penyelarasan bagi pembangunan Laman Web Jabatan Kerajaan Negeri;
- Merancang, melaksana dan menyelenggara jaringan data LAN, WAN (Intranet) dan kemudahan internet dan e-mel jabatan;
- Merancang, mengkaji dan melaksana polisi keselamatan bagi infrastruktur ICT jabatan, rangkaian intranet dan internet;
- Merancang,melaksana dan menyelenggara peralatan dan prasarana ICT jabatan;
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:
1. PERSONAL MYSTEP
Kadar Upah : RM1,600.00
Tempoh Perkhidmatan : 1 April 2022 hingga Disember 2022
Waktu Bekerja : 9 (sembilan) jam sehari termasuk waktu rehat
Syarat Lantikan : i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 30 tahun;
iii. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
iv. Keutamaan diberi kepada calon yang berketerampilan serta mahir berkomunikasi
Cara Membuat Permohonan:
a. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh diperolehi di Pejabat ini dengan cara datang sendiri di Pejabat ICT@Johor pada waktu pejabat.
b. Borang-borang yang telah diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut : -
i. Sijil kelahiran
ii. Kad pengenalan
iii. Sijil berhenti sekolah
iv. Sijil kelulusan persekolahan SPM atau setarafnya
v. Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan
Dan catatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas sampul surat
c. Setiap salinan surat/dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung)
*Sila rujuk maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 24 Mac 2022 (Khamis)