Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 11 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Jawatan Kosong 2021 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤنديديقن) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29) - Personel MySTEP

Gaji Ditawarkan : RM 1,800.00/sebulan
Tempoh : Mac 2022 – Disember 2022
(Penyambungan Kontrak Akan Dipertimbangkan Berdasarkan Kepada Peraturan Yang Berkuatkuasa)
Kekosongan : 2 Calon
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP Dan Caruman Perkeso


Syarat Kelayakan:

1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;

4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;

5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan

6. Bertanggungjawab dan berdisiplin.


Deskripsi Tugas:

1. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Pegawai juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework Laravel;

2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;

3. Validasi test script bagi User Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan System Requirement Study (SRS); dan

4. Melaksanakan pengujian (UAT dan FAT).


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen berikut sebelum 11 April 2022.

1. Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan

2. Salinan sijil SPM dan Diploma /Ijazah /setaraf.

Ke alamat seperti di bawah:

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1,2,5-13 BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia Sektor Pengurusan )

*setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda *Personel MySTEP – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)* di sebelah kiri atas sampul.

ATAU

• E-mel kan permohonan anda ke vinodran@moe.gov.my / norshafidayu@moe.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 11 April 2022 (Isnin)




Post a Comment