Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang - 4 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Latar Belakang

Kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, undang-undang tertinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang berpusat di ibukota negeri George Town.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua pemerintahan Pulau Pinang adalah Ketua Menteri. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia adalah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM145.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia,

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00), atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 04 April 2022 (Isnin)


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Penang

Post a Comment