Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Penyiaran Malaysia - 16 Mac 2022 [78 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Penyiaran Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Penyiaran Malaysia

Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Penyiaran Malaysia

Sejarah

SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor membawa set radio pertama ke negara ini.Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Beliau kemudian menubuhkan persatuan serupa di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur.

Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran British dengan menggunakan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Seterusnya Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaya.

Pada 1942, berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di Singapura, Jepun telah mengambil alih saluran radio sedia ada dan memperkenalkan saluran radio di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka. Bagaimanapun, pada 1943, British kembali berkuasa dan mengambil allih semula stesen-stesen radio tersebut.

Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran ditubuhkan di Singapura. Pembangunan perkhidmatan radio dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada 1956 pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini, bidang penyiaran di Malaysia berkembang dan beberapa stesen radio kemudian diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA

1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - 78 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penyiaran Malaysia seluruh negera. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Post a Comment