Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 18 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Latar Belakang

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :

Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja)
Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said (Dato' Laksamana)
Haji Awang Muhd. Yusoff bin Ahmad (Tok Kenali).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19 - 2 Kekosongan


Jadual Gaji : Gred N19
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar KGT : RM100.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut). (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

2. Calon bagi lantikan hendaklan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Gaji Permulaan:
Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Had Umur:
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan


Cara Memohon:

1) Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3tNFRJZ (link admin sediakan di bawah)

2) Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3np2BFn) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.(link admin sediakan di bawah)

3) Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar resume lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.

4) Resume lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja 
  • Rujukan
5) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan


Alamat Permohonan:
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.


Perkara Am:

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3) Sila nyatakan Nama dan Gred Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2022




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment