Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 28 April 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia

Jawatan Kosong 2021 di Parlimen Malaysia

Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. BENTARA MESYUARAT GRED KP29
Gred Dan Jadual Gaji :  RM1,493.00 – RM5,696.00 (Gred KP29)


Syarat Permohonan:    

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18  tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan Kerajaan; dan

3.4    Keutamaan akan diberikan kepada Bekas Anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.


Deskripsi Dan Skop Bidang Tugas:

Bertanggungjawab kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR), Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN), Setiausaha Dewan Negara (SUDN), Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR), Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat (SUB DR) dan Setiausaha Bahagian Dewan Negara (SUB DN);

Membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen;

Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawai-pegawai bertugas Kementerian;

Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal-hal pentadbiran harian dan latihan anggota-anggota Seksyen Bentara;

Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat; dan

Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan (LO), Pembantu Pegawai Keselamatan (APSO) kepada ketua-ketua delegasi asing yang menghadiri persidangan-persidangan anjuran Parlimen Malaysia serta mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang lain.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my) - link ada admin sediakan di bawah.

Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat  hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR 
PARLIMEN MALAYSIA
BANGUNAN PARLIMEN
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI) 

Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup : 28 April 2021 (Khamis)



Post a Comment