Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 17 April 2022 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 17 April 2022

Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,684.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Elaun-elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Imbuhan Bantuan Sara Hidup RM 350.00


Kelayakan Lantikan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan adalah pada Gred FA29: RM1,549.00);atau

iv. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan adalah pada Gred FA29: RM1,549.00);atau

v. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan adalah pada Gred FA29: RM1,855.00);atau

vi. Diploma dalam bidang sains kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan adalah pada Gred FA29: RM1,929.89);

v. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Membuat Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang ICT@JOHOR.01 yang dilampirkan.

2. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen seperti berikut:

i. Sijil Kelahiran
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Sekolah
iv. Lain-lain sijil / Diploma surat akuan berkaitan

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B / Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

3. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2016 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

4. Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA BAHAGIAN,
ICT@JOHOR
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR
79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR



*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 April 2022 (Ahad)


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor

0 Response to "Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 17 April 2022"

Post a Comment