Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - 15 April 2022

Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Latar Belakang

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PERSONEL MYSTEP BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

KADAR UPAH MAKSIMUM : RM2,000 SEBULAN
TEMPOH: MEI – DISEMBER 2022


Syarat Kelayakan:

(a) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(b) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)


Diskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam menjalankan kajian, penggubalan dan semakan Akta dan Standard Operating Procedure (SOP).


Cara Memohon:

1. Kemukakan Resume CV berserta gambar, salinan kad pengenalan dan sijil/ transkrip akademik (Ijazah) ke alamat/ emel yang berikut:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(u.p.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN) 
ATAU;
azali.ahmad@eaic.gov.my atau abdillah_laoding@eaic.gov.my

2. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis “Personel MySTEP” disebelah kiri atas sampul surat dan tajuk emel.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nazatul Shyma binti Hassan/ Encik Azali bin Ahmad/ Encik Abdillah bin Laoding di talian 03-88805703/5705/5706


Tarikh Tutup Permohonan : 15 April 2022 (Jumaat)