Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu - 20 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu

Sejarah UiTM Terengganu

Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus Sementara ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah Syarikat Bijih Besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa.

Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Syarat Kelayakan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji permulaan pada Gred KP11: RM1,205.00).

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79 sm ukuran dada yang biasa dan 84 sm ukuran dada semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapanV6/9 tanpa menggunakan cermin mata;


Cara-cara Membuat Permohonan:

a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Pentadbiran (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2006) (Jawatan Pentadbiran) yang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di https://terengganu.uitm.edu.my/index.php/en/component/sppagebuilder?view=page&id=197

b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2022 (Rabu)

c) Sila kemukakan borang permohonan dan salinan dokumen (PDF) melalui pautan berikut : https://forms.gle/avTBk79hzjKT6dkR8

d) Sebarang pertanyaan berkaitan iklan boleh hubungi:

Kategori Permohonan : Jawatan Pentadbiran
Emel : bpuitmct@uitm.edu.my
No. Telefon : 09-8400 117 (telefon & whatsaap business)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2022 (Rabu)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu


Post a Comment