Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri - 31 Mei 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Jawatan Kosong 2022 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Latar Belakang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab.
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI BAHASA (GRED 41) - 4 kekosongan


Deskripsi Tugas:

1. Mengendalikan kursus bahasa asing yang ditawarkan oleh IDFR;

2. Mengajar, menyediakan nota-nota kuliah dan memberi tutorial kepada peserta kursus;

3. Menyediakan modul dan silibus program bahasa asing;

4. Melaksanakan urusan peperiksaan bahasa asing;

5. Memantau tahap pemahaman dan penguasaan bahasa asing oleh para peserta;

6. Menyediakan laporan kursus bahasa asing; dan

7. Membantu menerapkan elemen bahasa dan budaya ke dalam program/ kursus di IDFR.


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris / Bahasa Mandarin / Bahasa Perancis / Bahasa Sepanyol atau bidang pengajaran Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis / Bahasa Mandarin / Bahasa Sepanyol, dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

4. Pengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris / Bahasa Mandarin / Bahasa Perancis / Bahasa Sepanyol adalah amat dialu-alukan.

5. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

7. Bukan dalam kategori penjawat awam seperti yang ditetapkan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

8. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

9. Calon digalakkan untuk melengkapkan dos vaksinasi COVID-19.


Cara Memohon:

Sila kemukakan softcopy resume terkini, gambar berukuran pasport terkini, kad pengenalan, sijil tamat pengajian dan transkrip akademik ke emel berikut:

vacancy@idfr.gov.my

Tel: 603 – 2149 1000
Fax: 603 – 2144 2529

Permohonan yang dihantar hendaklah ditulis “Pegawai Bahasa Gred 41” pada tajuk emel.

(Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.)


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2022 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment