Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) - 26 Mei 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Latar Belakang

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI N11 - 15 Kekosongan


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan keutamaan kepada yang memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,611.00)

(d) dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat19 hingga 26;

mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2022 (Khamis)



Post a Comment