Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu - 14 Jun 2022 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu - 14 Jun 2022

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Pelabuhan Bintulu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Lembaga Pelabuhan Bintulu

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pelabuhan Bintulu

Sejarah

Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 15hb Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Bintulu meliputi pembangunan, pentadbiran, pemasaran dan pembekalan perkhidmatan pelabuhan yang lengkap dan cekap dengan matlamat untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkutan dan pengedaran yang terbesar dan paling efisien di rangkaian BIMP-EAGA. Pelabuhan Bintulu memulakan operasinya pada 1hb Januari 1983.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang mempunyai kedudukan yang strategik di Timur Laut Sarawak iaitu di dalam laluan di antara Timur Jauh dengan Eropah. Ia juga merupakan laluan utama ekspot gas asli cecair (LNG) dari Malaysia. Di samping itu, Pelabuhan Bintulu juga menawarkan kemudahan dan peralatan yang moden serta canggih untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am.

Mulai 1 Januari 1993, operasi perkhidmatan Pelabuhan Bintulu telah diswastakan di bawah Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 sejajar dengan Dasar Penswastaan Kebangsaan. Dengan penswastaan tersebut, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah melesenkan sebuah syarikat operasi pelabuhan iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) untuk menjalankan operasi perkhidmatan pelabuhan dan yang berkaitan dengannya di Pelabuhan Bintulu. Syarikat Bintulu Port Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23hb Disember 1992 dan seterusnya memulakan operasinya pada 1hb Januari 1993. Baca lagi..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI LAUT, GRED A29 - 2 Kekosongan

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) diploma dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(ii) diploma dalam bidang sains nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iii) Chief Mate of Between 500 & 3000 GT Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iv) Second Engineer Officer of Between 750 & 3000 kW on Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19 - 1 Kekosongan

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengan nya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,464.80)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 14 Jun 2022 (5.00 petang).





Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan 2

1 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu - 14 Jun 2022"