Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 8 Julai 2022 - KERJA KOSONG 2023 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 8 Julai 2022

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber. Read more..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. PEGAWAI VETERINAR GV41 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP J29 - 1 Kekosongan

4. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19 - 1 Kekosongan

5. PEMBANTU AWAM H11 - 5 Kekosongan


Cara memohon:

i. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

ii. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati daripada Laman Web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau hadir sendiri ke Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sesalinan Sijil Kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan sijil-sijil kelayakan akademik. Sila pastikan setiap dokumen tersebut hendaklah DISAHKAN. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta.

iv. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.

v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan akan ditolak.

vi. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Julai 2022 (Jumaat)




0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 8 Julai 2022"

Post a Comment