Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 5 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41


Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/ Kelayakan Khusus : Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan RM2,080.00, ATAU

Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian

Bidang/ Kelayakan Khusus : Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan RM2,283.43 , DAN

Syarat Bahasa Melayu Kepujian di peringkat SPM/SVM


Deskripsi Tugas

a) Merancang, mengurus, menyelia serta melaksanakan:

1) Pengurusan dasar-dasar awam; atau
2) Pengurusan sumber manusia, pentadbiran serta kewangan; atau
3) Pengurusan perniagaan, keusahawanan dan strategi pemasaran; atau
4) Pengurusan hartanah; atau
5) Pengurusan data analisis dan analitik.
b) Bertanggungjawab dalam:
1) Penyediaan / pelaksanaan Pelan Strategik Bahagian / Unit;
2) Penyediaan / pelaksanaan Kertas Kerja / Kertas Mesyuarat;
3) Penyediaan / pelaksanaan KPI Bahagian / Unit;
4) Mewakili Perbadanan dalam mesyuarat-mesyuarat bersama Agensi luar.


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Julai 2022 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari 


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/. (link admin ada sediakan di bawah)


Lokasi Pejabat:

Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Post a Comment