Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 15 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

Gaji Minimum : RM2,080.00
Gaji Maksimum : RM9,546.00
Elaun RM900.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00


Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

(d) Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Jun 2022 (Ahad).



2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN

a) Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Umur : 18 tahun hingga 30 tahun

*Keutamaan akan diberikan kepada calon yang tidak mempunyai pekerjaan, berada di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak kami tidak menyediakan penginapan.

Tempoh Pelantikan:
29 Jun 2022 (Rabu) hingga 3 Julai 2022 (Ahad): dan
4 Julai 2022 (Isnin) hingga 17 Julai 2022 (Ahad)

Gaji: RM54.00 sehari

*Atendan Peperiksaan yang dilantik hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan pada 28.06.2022 jam 8.00 pagi untuk sesi taklimat.

*Bekas pelajar dan Kakitangan Universiti Malaya tidak dibenarkan memohon.

Sila ambil perhatian bahawa permohonan yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup iklan akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Jun 2022 (Rabu).


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.





Post a Comment