Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim - 23 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

Jawatan Kosong 2022 di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

Pengenalan

Keluarga Adalah Unit Terkecil Di Dalam Satu-Satu Masyarakat Namun Pembangunannya Secara Langsung Atau Tidak Adalah Merupakan Pembangunan Masyarakat Berkenaan. Jika Diperluaskan Lagi Konsepnya Maka Pembangunan Masyarakat Keluarga Itu Akan Menjadi Faktor Penentu Dalam Pembangunan Satu-Satu Bangsa Itu.

Dalam Hal Itu Adalah Penting Bahawa Pembangunan Keluarga Dirancang Dan Dilaksanakan Supaya Meliputi Segala Aspek Dan Aktiviti Kehidupan Manusia Amnya Dan Keluarga Khususnya, Dengan Tumpuan Perhatian Kepada Aspek-Aspek Sosial, Ekonomi Juga Politik.

Di Atas Kesedaran Inilah Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim Telah Bersetuju Menubuhkan Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Bilangan 2 Tahun 1997 Yang Telah Diluluskan Oleh Dewan Undangan Negeri Pada 19 Mei 1997. Maka Bermulalah Operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Pada 1 Oktober 1997.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP

Klassifikasi : PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP
Taraf Jawatan : Sementara
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga Jun 2023
Kadar Upah : Upah bulanan RM1,600.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 


Cara Memohon:

1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati daripada Yayasan Pembangunan Keluarga atau laman web YPKDT www.ypkdt.org.my

2) Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan dokumen – dokumen seperti berikut :

a) Satu(1) keping gambar berukuran passport; dan

b) Salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.

3) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22 cm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

4) Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat seperti berikut :
 
Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Tingkat 1 & 2,
Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi,
Kota Iskandar,
79603 Iskandar Puteri, Johor.


Catatan Am:

1) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau emel.

2) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

3) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini adalah tanggungan sendiri.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Jun 2022 (Khamis)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.



Post a Comment