Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) - 17 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Sejarah

Sebelum Melaka mencapai kemerdekaan melalui Persekutuan Tanah Melayu, tidak wujud Institusi Agama Islam yang ditubuhkan oleh Penjajah Inggeris untuk mengurus segala perkara berkaitan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Melaka. Setelah mencapai kemerdekaan, timbullah hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah institusi yang bertanggungjawab bagi mentadbir Hal Ehwal Agama Islam di Melaka. Maka pada 1 Rabiul Awal 1380H bersamaan 28 September 1960M, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah ditubuhkan dengan rasminya dimana upacara perasmian diadakan di bangunan No. 272, Jalan Tengkera, Melaka dan bangunan ini menjadi bangunan pertama Pejabat Agama Islam Negeri Melaka.

Ketika penubuhan, Jabatan Agama Islam Melaka telah dikendalikan oleh seorang pegawai bersara selaku Yang Dipertua Jabatan Agama Islam dan dibantu oleh seorang kerani. Beliau bertanggungjawab untuk membentuk dan mengatur pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka. Orang yang pertama memegang jawatan Yang Dipertua ialah Tuan Hj. Mohd. Amin Bin Imran.

Jabatan Agama Islam Melaka terus berkembang dengan pengwujudan beberapa bahagian seperti Pejabat Kadhi Daerah dan Mahkamah Syariah pada tahun 1962. Ketika itu, Mufti mempunyai kuasa bagi menjalankan tugas-tugas sebagai Khadi Besar. Walau bagaimanapun apabila jawatan Khadi Besar diwujudkan pada tahun 1967, jawatan tersebut telah menghapuskan sebahagian daripada bidang kuasa mufti. Kemudian. pada tahun 1986, Jabatan Agama Islam Melaka telah ditempatkan di Seri Negeri, Jalan Hang Tuah.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. PENSYARAH BAHASA INGGERIS

a) Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
b) Jumlah Kekosongan : 1
c) Gaji : RM100 sehari


Syarat Kelayakan:

i) Ijazah dalam bidang Pendidikan (TESL) daripada Institut Pengajian Tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

ii) Memiliki kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii) Sihat mental dan fizikal.

iv) Lulus temuduga yang dijalankan.


2. PENSYARAH BAHASA ARAB

a) Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
b) Jumlah Kekosongan : 1
c) Gaji : RM100 sehari


Syarat Kelayakan:
 
i) Ijazah dalam bidang Bahasa Arab daripada Institut Pengajian Tinggi tempatan atau  luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

ii) Memiliki kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii) Sihat mental dan fizikal.

iv) Lulus temuduga yang dijalankan.



Deskripsi Tugas:

a) Bertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran melalui kuliah, tutorial, penyeliaan, penilaian kursus, penyediaan soalan, pengawasan peperiksaan dan pemeriksaan kertas peperiksaan dan tugasan (kertas projek, esei dan sebagainya).

b) Melaksanakan pengurusan dokumentasi dalam hal-hal yang berkaitan.


Peraturan Memohon:

1) Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:

Unit Pentadbiran
Kolej Al- Quran Sayyidina Ali (KAQSA)
75450 Bukit Katil, Melaka.

3) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan.

4) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak serta merta.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Jun 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Klik Untuk Muatturun Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment