Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Permohonan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022

Post a Comment
Permohonan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022 | Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


Kaedah Pelaksanaan Dan Ciri-ciri Program RMR


Untuk lebih jelas - Klik Sini


Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Nota
  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.


Rekabentuk










Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  8. Salinan sijil nikah pemohon.
  9. Borang laporan tapak bergambar.

Nota
  1. Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  2. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  3. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  4. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.


Kaedah Memohon

TEKAN BUTANG PERMOHONAN
|
KLIK PENDAFTARAN BARU
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
|
PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
|
LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
|
MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
Isi maklumat ke dalam sistem
|
SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
|
MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
Memajukan borang beserta dokumen ke
Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
|
SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB
Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

Nota
Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.


Tanggungjawab Pemohon (Sekiranya Diluluskan)

  1. Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  2. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  3. Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  4. Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  5. Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.


Pembayaran RMR Secara Online

Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.

Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.

Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.

Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.

Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
Biller Code: 13987
Amount (RM): Jumlah Pembayaran
Ref-1: No Akuan RMR
Ref-2: No Kad Pengenalan


Klik Untuk Membuat Permohonan RMR

Klik Untuk Baca Sumber RMR

Klik Untuk Lihat Cawangan SPNB Seluruh Negara


Post a Comment