Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Perpaduan Negara - 29 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Kementerian Perpaduan Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Perpaduan Negara

Jawatan Kosong 2021 di Kementerian Perpaduan Negara

Latar Belakang

Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara mula ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai tindak balas daripada peristiwa 13 Mei yang dialami Malaysia. Pada 1972, portfolio ini dinaik taraf menjadi sebuah kementerian penuh yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara.

Pada 1980, portfolio ini diserap semula di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1990. Selepas pilihan raya umum Malaysia 1990, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pula ditubuhkan sehingga 2004.

Pada 2004 hingga 2008, ini diserap semula dalam Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, portfolio ini digabungkan dalam kementerian kebudayaan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Selepas pertukaran Perdana Menteri pada 2009, portfolio perpaduan diserap semula ke dalam Jabatan Perdana Menteri.

Selepas kemelut politik Malaysia 2020, portfolio ini sekali lagi dijadikan sebuah kementerian penuh, iaitu Kementerian Perpaduan Negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT


Syarat Kelayakan:

1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;

4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;

5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan

6. Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.


Deskripsi Tugas - Pembangunan Sistem:

1. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Pegawai juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan Framework Laravel;

2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;

3. Mengumpul maklumat keperluan pembangunan aplikasi mengikut keperluan sistem; dan

4. Validasi test script bagi User Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan System Requirement Study (SRS).


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen berikut sebelum 29 Julai 2022 (Jumaat):

1. Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan

2. Salinan sijil SPM dan diploma/Ijazah/setaraf.

Ke alamat seperti di bawah:

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 7, Blok F9, Kompleks F
Presint 1, Lebuh Perdana Timur
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Bahagian Pengurusan Maklumat)

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda *Personel MySTEP – PPTM (FA29)* di sebelah kiri atas sampul.

* Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2022 (Jumaat)



Post a Comment