Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - 26 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Latar Belakang

Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diistiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada 21 Disember 2003.

Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29

6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

7. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

8. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara memohon:

i. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di https://pbt.kedah.gov.my/index.php/peluang-kerjaya-mbas/. (admin ada sediakan link di bawah)

ii. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

iii. Tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.

iv. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

v. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

vi. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.

vii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;
- Gambar berukuran pasport
- Kad pengenalan
- Sijil kelahiran
- Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
- Transkrip keputusan peperiksaan
- Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu )
(Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar.)

viii. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

ix. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak ;

- Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.

- Borang permohonan tidak lengkap diisi oleh pemohon. Pemohon diminta mengisi dengan lengkap semua ruangan yang disediakan pada borang permohonan jawatan MBAS.

x. Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL, SURAT ATAU PANGGILAN TELEFON.

xi. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


* Sila rujuk iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2022 (Selasa)



Post a Comment