Jawatan Kosong 2022 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Latar Belakang
Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Kronologi penubuhan UniSZA:
1980 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu
1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005
2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006
2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010

Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jawatan:
1. BENDAHARI GRED W54
Jadual Gaji :
Minimum: RM6,122.00
Maksimum: RM13,180.00
Tempoh Lantikan:
Tidak melebihi tiga (3) tahun untuk setiap lantikan dan tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti
Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perdagangan atau Pengajian Perniagaan, atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
v) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
vi) Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran khususnya Skim Perkhidmatan Pegawai Kewangan sekurang-kurangnya 10 tahun.
Bidang Tugas:
Melaksanakan tugas sebagai Bendahari seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan Statut UniSZA.
Kriteria Umum:
(a) Kecemerlangan Pengurusan
i) Berorientasikan Pencapaian - Mempunyai komitmen yang tinggi ke arah peningkatan hasil kerja keseluruhan melalui kecekapan dalam mengurus dan mengelola sumber-sumber yang diperuntukkan dengan berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi.
ii) Pengurusan Kakitangan - Berkebolehan menambah baik strategi sumber manusia untuk membangunkan kapasiti tenaga kerja dalam memenuhi keperluan semasa dan akan datang
dan menyediakan hala tuju yang jelas untuk mencapai jangkaan.
iii) Pengurusan Kewangan - Mengurus sumber kewangan dengan telus dan mencapai nilai untuk wang dan hasil yang optimum (value for money).
Cara Memohon:
Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan rasmi dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
(a) ‘Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
(i) Latar belakang diri termasuk alamat suratmenyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
(ii) Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
(iii) Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).
(b) Ringkasan perancangan dan pelaksanaan strategi untuk portfolio jawatan sekiranya berjaya dilantik sebagai Bendahari UniSZA.
(c) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut:
Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
E-mel: pendaftar@unisza.edu.my
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2022 (Ahad) (Jam 12 Tengahari)
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2022 (Ahad) (Jam 12 Tengahari)