Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) - 5 September 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan Kosong 2021 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Latar Belakang

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK JUSA C (VU 7)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pemantauan bagi pelaksanaan urusan hal ehwal akademik dalam semua bidang dan tahap pengajian yang ditawarkan oleh ASWARA. Pelaksanaan dan pemantauan urusan akademik melibatkan pengawalseliaan urusan seperti pembangunan kurikulum, sukatan pelajaran, kualiti pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan peperiksaan, bahan dan kandungan kursus pengajian dan aspek-aspek lain melibatkan kecemerlangan akademik.


Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mempunyai kelayakan di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang seni dan budaya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
  • pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau menjawat jawatan sekurang-kurangnya di Gred DS54 (Prof
  • Madya) di mana-mana Universiti Awam atau menjawat jawatan sekurang-kurangnya di Gred 52 di ASWARA;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran akademik dan memahami sukatan kurikulum di peringkat universiti;dan
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang
sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu di www.aswara.edu.my. (admin ada sediakan link muatturun di bawah)

b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon.

Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2778 5999 / 03-2778 5939 / 5940 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 September 2022 (Isnin)




Post a Comment